Hartanah

HARTANAH

LATAR BELAKANG BIDANG HARTANAH:

*    Unit Hartanah ditubuhkan bagi mempelbagaikan bidang perniagaan PSB yang akan terlibat di dalam pembangunan hartanah kediaman, perniagaan dan perusahaan.

*    Bahagian Hartanah PKEINPk Sdn Bhd menguruskan projek pembangunan hartanah termasuk pembangunan tanah Wakaf dan Baitulmal yang diselenggara oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

*    Ketika ini Unit Hartanah PSB sedang menguruskan beberapa projek di dalam Perak, antaranya:-

 

Cadangan Skim Perumahan Di Atas Lot 20148, Seluas 0.4586 Ekar, Pekan Taiping, Mukim Bandar Taiping, Daerah Larut & Matang, Perak Darul Ridzuan:-

  1. PSB sedang merancang untuk membangunkan perumahan teres dua tingkat sebanyak sepuluh (10) unit yang berkeluasan lot 20’ x 55’ bagi setiap unit di Jalan Tembusu, Bandar Taiping.
  2. Rekabentuk dalaman perumahan ini berkonsepkan Islamic dengan penekanan kepada ketinggian siling, susunatur ruang, kedudukan tandas dan bilik mandi, struktur dan pengudaran (self-cooling) dan kedudukan dapur (tidak kelihatan kepada tetamu).   

  

Pelan Tapak

 

Gambaran 3-Dimensi

 

Ruang tingkat bawah

 

Ruang tingkat atas

 

 

Cadangan Pembangunan Perumahan Di Atas Lot 6539, Mukim Lekir, Daerah Manjung, Perak:-

  1. PSB akan memajukan rumah teres dua tingkat sebanyak 26 unit dengan luas lot 20’x55’ dan 20’x60’ dengan ruang lantai binaan minima 1,400 kaki persegi.
  2. Mensasarkan harga jualan bagi setiap unit adalah dalam lingkungan RM 280,000.00 hingga RM 380,000.00.
  3. Rekabentuk dalaman perumahan ini berkonsepkan Islamic dengan penekanan kepada ketinggian siling, susunatur ruang, kedudukan tandas dan bilik mandi, struktur dan pengudaran (self-cooling) dan kedudukan dapur (tidak kelihatan kepada tetamu).

 

 

 Pelan Tapak

 

Gambaran 3-Dimensi

 

Ruang tingkat bawah

 

Ruang tingkat atas