Perladangan

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Perladangan (BPPP), PKEINPk Sdn Bhd

Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Perladangan (BPPP), PKEINPk Sdn Bhd (PSB) terdiri daripada 3 unit utama iaitu Unit Pembangunan Perladangan , Unit Teknikal dan Unit Kualiti Perladangan. BPPP diberi mandat oleh PSB untuk membangun dan menguruskan kawasan perladangan sawit di sekitar Negeri Perak dan Sabah. Sehingga kini, BPPP telah menguruskan 5,651 hektar keluasan ladang membabitkan 4,473 hektar kawasan bertanam dimana 2,744 hektar merupakan kawasan berhasil dan selebihnya masih dalam kerja-kerja pembangunan.

Perladangan juga merupakan penyumbang utama kepada pendapatan PSB di mana sebanyak 95% daripada pendapatan kumpulan adalah dijana oleh ladang-ladang dibawah seliaan PSB. Pada tahun 2017, rekod pengeluaran Buah Tandan Segar (BTS) sawit ladang PSB adalah sebanyak 30.24 Mt/Ha dan ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 34% berbanding penghasilan BTS pada tahun sebelumnya iaitu 22.49 Mt/Ha. Ini adalah kerana faktor cuaca di mana pada tahun 2017 seluruh kawasan di Malaysia telah menerima taburan hujan tang mencukupi berbanding tahun 2016 ini turut memberi kesan pada penghasilan BTS. Disamping itu, PSB juga telah melaksanakan tanam semula (Replanting) bagi ladang-ladang PSB yang telah mencapai usia matang melebihi 25 tahun.

Salah satu ladang PSB iaitu Ladang Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Pulau Tiga mencatatkan pengeluaran hasil tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 32.00 Mt/Ha pada tahun 2014 dan diberi penganugerahan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sewaktu Anugerah Industri Sawit Malaysia (AIS) bagi tahun itu.

Selain daripada itu, BPPP juga secara aktif terlibat dalam projek usahasama PSB di Sabah yang diuruskan IDC Jadi Sdn. Bhd, anak syarikat PSB dengan pegangan saham 70%. Projek ini membabitkan keluasan kawasan matang seluas 244.44 hektar dan belum matang seluas 448.20 hektar. Pada tahun 2013, seluas 199.04 hektar kawasan merupakan tahun pertama penuaian dengan pencapaian 5.50 Mt/Ha. Penghasilan BTS bagi kawasan matang (> 15 tahun) mencapai 13.44 Mt/Ha iaitu pertambahan sebanyak 11 %  berbanding tahun sebelumnya (12.01 Mt/Ha). PKEINPk Sdn Bhd melalui IDC Jadi akan meneruskan pembangunan tanaman kelapa sawit melibatkan kawasan tambahan seluas 261.06 hektar di Labuk Sugut Sabah dan pertambahan kawasan pada masa akan datang.

Ringkasan keluasan ladang adalah seperti berikut:-

PSB akan meneruskan tumpuan meningkatkan penghasilan BTS dengan menjalankan Amalan Baik Pertanian (Good Agriculture Practices) seiring dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak MPOB, mengukuhkan lagi operasi perladangan , mengurangkan risiko kebergantungan kepada tenaga kerja asing dengan perlaksanaan mekanisasi serta memastikan keberkesanan kos operasi ladang.

Ladang-ladang beroperasi secara berkesan melalui khidmat nasihat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Teknikal Perladangan PSB dan juga agensi-agensi perladangan lain seperti Sime Darby dan ESPEK. Melalui cara ini, setiap operasi ladang akan sentiasa dipantau bagi memastikan produktiviti ladang pada tahap optimum.