Al-Musyarakah (Usahasama)

PSB pada tahun 2014 telah dinobatkan sebagai pengeluar hasil kelapa sawit tertinggi di Malaysia bagi kategori keluasan di bawah 2,000 hektar di dalam Anugerah Industri Sawit Malaysia 2013/2014. Dengan anugerah pencapaian tersebut, PSB sentiasa terbuka kepada pemilik-pemilik hartanah persendirian bagi menjalinkan usahasama kemajuan perladangan kelapa sawit bersama PSB untuk berkongsi hasil dengan pengurusan perladangan yang berkaliber demi memastikan pulangan keuntungan yang optimum dapat diagihkan.