Al-Wakalah (Pajakan/ Pengurusan Ladang)

Sebagai sebuah badan pengurusan hartanah-hartanah MAIPk, adalah menjadi tanggungjawab PSB memastikan hartanah-hartanah tersebut dapat diusahamajukan. Sehubungan dengan itu PSB sentiasa membuka ruang dan peluang kepada pengusaha-pengusaha yang beriltizam bagi membangunkan hartanah dengan tanaman-tanaman komersial seterusnya memberi motivasi pendapatan kepada pengusaha secara tidak langsung memberi manfaat kepada umat Islam setempat.

Ladang MAIPk Lekir

Keluasan ladang 169.14 hektar manakala keluasan tanaman 124.2 hektar. PKEINPk Sdn Bhd telah mebangunkan tanah milikan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) pada tahun 2013 (Fasa 1) dan 2015 (Fasa 2) dengan kos RM248,288.31 dengan 4,852 dirian pokok (32 Ha kawasan bertanam). Ladang MAIPk Lekir diuruskan oleh Haji Sapie B Zakaria (Pengurus Kanan Perladangan).

Ladang MAIPk Sungkai

Keluasan ladang 809.38 hektar manakala keluasan tanaman 622.4 hektar. PKEINPk Sdn Bhd telah mebangunkan tanah milikan Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIPk) pada tahun 2013 (Fasa 1) dan 2015 (Fasa 2) dengan kos RM7,936,742.01 dengan 71,101 dirian pokok. Ladang MAIPk Sungkai diuruskan oleh En Meor Amir

Tahwil B Meor Taharim (Pengurus Kanan Perladangan).