Copyright ® 2006 PERBADANAN KEMAJUAN EKONOMI ISLAM NEGERI PERAK
Pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak tidak akan bertanggungjawab
terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.
Harap Maklum.
Web Master















![]()
Pembangunan Tanah Milik PKEINPk
1. Kg Bali, Mukim Blanja
PKEINPk dalam perancangan membangunkan sebidang tanah yang merupakan tanah kerajaan seluas kira-kira 49.96 ekar dalam Mukim Blanja, Daerah Kinta. Tapak ini telah diluluskan kepada PKEINPk untuk tujuan skim perumahan.
2. Greentown
Tanah seluas 1.885 ekar ini terletak di lot PT 114618 diterima pada
14 Februari 1987 daripada Pejabat Tanah dan Galian Ipoh (PTG). Lokasi
tapak adalah berdekatan dengan pusat membeli-belah Greentown Mall dan bangunan
KWSP.
Tanah ini akan dibangunkan secara usahasama dengan Syarikat Anjung Hijau Sdn Bhd. Cadangan pembangunan komersil yang dinamakan Greentown Suria ini telah dirasmikan pada 9 Februari 2007 yang akan menempatkan sebuah pusat perubatan, beberapa unit rumah kedai serta apartment selain bangunan milik PKEINPk sendiri. Projek pembangunan ini akan bermula pada awal 2007 dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2008. Syarikat pemaju Anjung Hijau Sdn. Bhd yang diberi kepercayaan melaksanakan Projek ini sebelumnya telah memajukan projek Greentown Square, juga secara komersil yang terletak bersebelahan dgn cadangan projek Greentown Suria ini
![]() |


![]() |
![]() |


3. Daeng Salili
PKEINPk sedang merangka pembangunan tanah yang terletak di lot 000555 di Jalan Daeng Salili, Mukim Kuala Kangsar, bagi pembinaan 2 unit kedai pejabat 3 tingkat. Projek ini dijangka siap pada bulan Oktober 2008.
Lokasi Tapak
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |